Masalah-masalah pesara kerajaan
 	Perceraian
 -  		 			Jika pesara bercerai, apa-apa  faedah persaraan selepas kematian gemulah akan hanya dibayar kepada  anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun termasuk anak yang cacat.
 
-  		 			Pencen akan dibayar melalui penjaga anak yang sah dan wang pencen akan ditadbir oleh Amanah Raya.
 
-  		 			Penjaga anak perlu mendapatkan  surat pengesahan penjagaan anak dari Pesuruhjaya Sumpah, Mahkamah atau  Pejabat Kadi yang berdekatan bagi melayakkan beliau menerima pencen  terbitan bagi pihak anak.
 
  	Pesara Bankrap/Dipenjarakan
 -  		 			Jika pesara ATM didapati bankrap atau dipenjarakan, pencen akan diberhentikan serta-merta.
 
-  		 			Walau bagaimanapun, pesara atau  orang tanggungan boleh dibayar Elaun Tanggungan Nafkah (ETN) setara  dengan pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan yang beliau patut  terima setelah dipotong hutang-piutang. Bayaran ETN ini perlu  mendapatkan kelulusan MAT.
 
-  		 			Bagi memproses Kertas MAT untuk pembayaran ETN, dokumen-dokumen berikut diperlukan :
 
  	-  			 				Butir-butir peribadi pesara.
 
-  			 				Salinan perintah penerimaan dan penghukuman.
 
-  			 				Salinan surat arahan potongan pencen/ganjaran dari Pegawai Pemegang Harta ATAU persetujuan si bankrap untuk potongan.
 
-  			Salinan “Proof Of Debt General Form” (Jumlah hutang). 
 
 		* *Setelah mendapat pelepasan dari kebankrapan/penjaran, Pencen Perkhidmatan akan dibayar semula. 
  	Perlantikan Wakil Diri Yang Sah
 -  		 			Pesara atau penerima pencen yang  uzur atau tidak berupaya menguruskan wang pencen boleh melantik wakil  diri dari kalangan ahli keluarga mereka yang dipercayai.
 
-  		 			Wakil diri ini akan diberi kelulusan untuk membuatn tunutan wang pencen bagi pihak pesara/ penerima pencen setiap bulan.
 
-  		 			Syarat-syarat permohonan wakil diri yang sah adalah seperti berikut:
 
  	-  			 				Pesara/ Penerima pencen di bawah Skim B sahaja.
 
-  			 				Pesara/ Penerima Pencen di bawah umur 70 tahun perlu mengemukakan Surat Pengesahan Keuzuran daripada Doktor.
 
-  			 				Wakil Diri mestilah seorang  Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Sila lampirkan salinan  kad pengenalan wakil diri semasa memohon.
 
-  			 				Hanya akaun perseorangan sahaja dibenarkan (akaun pesara/penerima pencen).
 
-  			 				Sila lampirkan salinan buku akaun bank sekiranya bertukar akaun.
 
-  			 				nota: * Kelulusan Wakil Diri adalah sah untuk 12 bulan sahaja.Sekiranya bertukar alamat sila maklumkan ke Bahagian Pencen, JHEV dengan segera.