“Setakat ini kita berjaya dapatkan balik bayaran sebanyak RM2.45 bilion iaitu 48.56 peratus sahaja dan sepatutnya kita perlu dapat pulangan berjumlah RM5.04 bilion daripada pelajar-pelajar yang telah tamat belajar,” katanya selepas majlis penyampaian komputer Notebook 1Malaysia kepada 1,500 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok di Sungai Petani, hari ini.
Menurutnya, PTPTN mengeluarkan pinjaman berjumlah RM25.3 bilion bagi tempoh 1997 hingga 30 April tahun ini.
Sehubungan  itu, beliau menasihatkan pelajar yang tamat belajar dan bekerja supaya  membayar balik bayaran pinjaman mereka kepada PTPTN bagi memudahkan  urusan perbadanan untuk memberi pinjaman kepada pelajar lain.
Tajul juga  berkata, pihak PTPTN akan melayan sepenuhnya permohonan yang dibuat  untuk mendapatkan sambungan pinjaman sekiranya pelajar memperoleh Purata  Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0. 
Sebelum  ini, beliau dilapor berkata PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar  yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman  mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik.